Pasar Lama Chet Samian
Pasar Lama Chet Samian
032-397-668
Mukim Chet Samian Daerah Photharam Wilayah Phetchaburi
Dibuka pada hari Jumaat-Ahad jam 15:00 petang-20:00 malam.

Pasar Lama Chet Samian merupakan pasar yang berusia lebih daripada 100 tahun sehingga dipanggil orang ramai dengan nama “Pasar Lama 119 Tahun Chet Samian”. Pasar ini dibuka pada waktu petang di tengah-tengah suasana perkampungan dan rumah-rumah purba.

Di pasar, terdapat makanan, barang-barang keperluan serta cendara mata. Suasana pula di tengah-tengah kehidupan penduduk tempatan yang membina rumah berderet-deret panjang dan berusia berates-ratus tahun yang dijaga keadaan semula jadinya. Sebelum pasar terbuka, anda boleh mengunjungi muzium tempatan yang mengumpul sejarah asal usul komuniti sejak awal sehingga sekarang melalui gambar-gambar dan barangan-barangan perkakasan sejak nenek moyang. Manakala di belakang pasar tepi sungai Mae Klong, terdapat topekong komuniti yang dihormati oleh penduduk.

Selain daripada itu, setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad minggu akhir setiap bulan, terdapat pesta “All About Arts” mewarisi karya seni dan cendikiawan tempatan” di kawasan Laman Buddha yang terdapat pertunjukan tempatan dan penjualan makanan, kuih-muih dan barangan kegunaan yang dibuat oleh penduduk tempatan.

interesting
Pasar Lama Chet Samian
1. Pasar lama
2. Wat
3. Stesen Kereta Api

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bangkok, dapat menggunakan jalan raya Phetchakasem menuju ke Wilayah Ratchaburi, setelah sampai, belok kanan di simpang jalan Nong Bang Ngu-Jet Samian, terus sehingga hujung jalan, melangkahi jalan kereta api akan terjumpa Wat Chet Samian, belok kiri akan terjumpa pasar lama di sebelah kanan.