Kem Bang Kung (Wat Bang Kung)
Kem Bang Kung (Wat Bang Kung)
034-761-631
Mukim Rong Hip, Daerah Bang Khonthi, Wilayah Samut Songkhram
Dibuka setiap hari jam 6:00 pagi-18:00 petang

Wilayah Samut Songkhram merupakan Wilayah yang mempunyai pusat pelancongan termasyhur lagi terdekat dengan Bangkok lagi dapat berkelah dengan senang pada hari Sabtu-Ahad. Di sini, bukan hanya ikan kembung kukus yang sedap tetapi terdapat pusat pelancongan yang menarik seperti Kem Bang Kung atau Wat Bang Kung.

Di sini merupakan tempat purba yang bersejarah sejak zaman Ayutthaya lagi. Dahulu di sini merupakan kem tentera zaman Raja Ekathat, raja Ayutthaya. Selepas itu dibiarkan sehingga zaman Raja Taksin, tempat ini telah dibaik pulih menjadi Kem Tentera Bang Kung. Daya tarikan di sini ialah Gereja Prok Pho yang dipenuhi dengan akar pokok budi dan pelbagai jenis pokok berakar lain. Di dalam gereja terdapat patung Buddha yang dipanggil penduduk Luang Pho Bot Noi (atau Luang Pho Nilmani), patung Buddha berdiri zaman akhir Ayutthaya. Selain daripada itu, terdapat lukisan dinding zaman akhir Ayutthaya yang menceritakan tentang sejarah Buddha.

Oleh kerana di sini pernah merupakan kem tentera, lalu diadakan patung manusia yang sedang berlawan dengan seteru termasuk patung peringatan Raja Taksin untuk dihormati oleh para pelancong.

interesting
Kem Bang Kung (Wat Bang Kung)
1. Gereja Prok Pho
2. Patung Peringatan Raja Taksin
3. Wat Bang Kung

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bandar Samut Songkhram menuju ke jalan raya no. 325 (Mae Klong-Amphawa) lebih kurang 5 kilometer, melepasi Wat Bang Kaphom (belum sampai ke Pasar Amphawa) memerhatikan simpang di sebelah kiri, belok kiri menaiki jambatan untuk menyeberangi Sungai Mae Klong (Jambatan Somdej Phra Si Suriyen) terus sehingga ke simpang tiga, belok kanan terus ke Wat Phumarin sehingga ke simpang tiga (terdapat Wat Khae Yai di sebelah kanan) belok kanan terus melalui Wat Bang Khae Noi, Wat Pak Nam, menyeberangi jambatan sungai Khwae Om, memerhati Kem Bang Kung terletak di sebelah kiri yang akan ternampak pagar kem.

Perjalanan melalui kereta awam
Dari Bandar Samut Songkhram menaiki kereta tambang laluan Mae Klong-Wat Pramot yang terletak di kawasan Bank Nakhon Luang Thai, cawangan Samut Songkhram, kereta tersebut akan sampai ke kem.