Pasar Terapung Bang Noi
Pasar Terapung Bang Noi
034-752-847
Mukim Kradang Nga, Daerah Bang Khonthi, Wilayah Samut Songkhram
Dibuka pada hari Sabtu-Ahad jam 9:00 pagi-15:00 petang

Pasar Terapung Amphawa bukan hanya satu pasar yang menarik di Samut Songkhram. Jika sesiapa yang ingin menikmati suasana sunyi di tengah-tengah bangunan lama, tentu anda mesti datang ke Pasar Terapung Bang Noi yang tidak jauh dari Pasar Terapung Amphawa.

Dahulu, di sini merupakan pusat perdagangan di pinggir air rangkaian Lembah Sungai Mae Klong-Tha Chin yang begitu sibuk. Sekarang keadaan lebih sunyi tetapi masih mengekalkan identiti komuniti pinggir sungai seperti zaman dahulu. Di sini anda akan nampak rumah kayu lama di kedua-kedua pinggir sungai. Walau sesetengah kedai telah diubah menjadi kedai ala moden yang menjual cendera mata, menjadi kedai kopi dan kedai-kedai barangan lain tetapi suasana rumah lama masih dapat dirasai. Di sini terdapat restoran makanan yang lazat, harganya pula berpatutan. Selain daripada itu, di sini terdapat Muzium Tang Siam Hak yang mempamerkan barangan antik untuk menunjukkan suasana kehidupan orang sekitar 100-300 tahun yang lalu.

Di pasar ini terdapat jambatan kecil untuk menyeberangi sungai. Jika sesiapa gemar dengan suasana kehidupan penduduk tempatan yang begitu santai dan tidak kelam kabut dengan jumlah pelancong yang ramai, Pasar Terapung Bang Noi sangat sesuai untuk anda mengunjunginya.

interesting
Pasar Terapung Bang Noi
1. Wat Ko Yai
2. Pasar Terapung Bang Noi
3. Persatuan Wanita Mukim Kradang Nga
4. Peti ATM
5. Persatuan Wanita Perbandaran Mukim Kradang Nga

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Memandu mengikut jalan terus ke Wilayah Samut Songkhram tanpa memasuki ke bandar, terus mengikut jalan yang sama ke Pasar Terapung Amphawa tetapi langsung sedikit lebih kurang 4 kilometer dari Mae Klong akan sampai ke Pasar Terapung Bang Noi.