Pasar Terapung Tha Kha
Pasar Terapung Tha Kha
034-752-847
Mukim Tha Kha, Daerah Amphawa, Wilayah Samut Sonkham
Dibuka setiap hari malam bulan menaik yang kedua, malam ke-7 dan ke-12 jam 6:00 pagi-12:00 tengah hari

Wilayah Samut Songkhram merupakan wilayah pasar terapung. Salah satu pasar terapung yang tidak boleh diabaikan iaitu Pasar Terapung Tha Kha. Dari dahulu sehingga sekarang, Sungai Tha Kha digunakan sebagai jalan pengangkutan sayur-sayuran dan buah-buahan oleh penduduk melalui perahu yang membawa keluaran mereka untuk dijual.

Dahulu dibuka hanya hari bulan menaik iaitu malam yang kedua ke-7 dan ke-12 pada waktu pagi sahaja. Sekarang dibuka pada hari Sabtu-Ahad dan dilewatkan masa sehingga waktu tengah hari supaya dikunjungi oleh pelancong. Para pelancong akan berpeluang melihat suasana kehidupan di pinggir sungai dan membeli barangan yang baru keluarkan oleh penduduk tempatan. Para penjual akan mengayuh perahu menjual barangan mereka antarannya sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan mengikut musim.

Selain daripada itu, di sini terdapat perkhidmatan mengayuh perahu menyaksi anak sungai yang dapat memuatkan pelanggan seramai 4-6 orang bersama jurukayuh. Anda akan menyaksi kesuburan kebun buah-buahan dan melihat cara menjalani kehidupan oleh penduduk di pinggir anak sungai ini.

interesting
Pasar Terapung Tha Kha
1. Tandas
2. Pasar Terapung Tha Kha

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Mengikuti jalan raya no. 325 (Samut Songkham-Bang Phae) sampai ke kilometer yang ke-32, melebihi simpang ke Wat Ko Kaew sedikit terdapat jalan simpang kanan lagi lebih kurang 5 kelomiter sahaja.

Perjalanan melalui kereta awam
Menaiki kereta tambang di pasar di dalam bandar, hadapan Bank Thahan Thai laluan Tha Kha-Wat Thep Prasit mulai jam 6:00 pagi-18:00 petang. Kereta bertolak setiap 20 minit.
Dibuka pada hari Sabtu-Ahad jam 6:00 pagi-12:00 tengah hari.