Pasar Payung Tutup
Pasar Payung Tutup
034-711-906
Mukim Mae Klong, Daerah Mueang, Wilayah Samut Songkhram
Dibuka setiap hari

Pasar Payung Tutup atau Pasar Mae Klong atau satu nama lagi yang dipanggil oleh penduduk iaitu “Pasar Cabar Mati” yang tidak sama dengan pasar-pasar lain di negara Thai atau di dunia ini kerana terdapat laluan kereta api di tengah-tengah pasar. Apabila kereta api datang, para peniaga lelaki dan perempuan akan mengangkat lari barangan-barangan mereka serta menutupkan payung yang meneduhkan mereka ketika menjual barang. Gambaran ini menjadi gambar yang pelik bagi para pelancong di dalam dan luar negara tetapi merupakan perkara yang sangat biasa bagi penduduk di sini. Mereka para peniaga juga tidak merasai susah walau mereka terpaksa menutupkan payung dan mengangkat lari barang-barang mereka sehari 8 kali sekalipun.

Selain daripada aktiviti menutup payung oleh penjual-pebjual, di sini pula dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan, kering dan juga segar yang didapati dari hasilan tempatan terutamanya ikan kembung Mae Klong dan barangan-barangan kiriman lain seperti belacan Khlong Khon, siput tiub, siput peram, daun Cha Kham, laici, limau abung, gula kelapa dan dodol Raman.

Selain daripada itu, dekat dengan Pasar Payung Tutup, terdapat Wat Phet Samut Worawihan atau Wat Luang Pho Ban Laem yang terletaknya patung Buddha Luang Pho Ban Laem untuk diziarahi.

interesting
Pasar Payung Tutup
1. Stesen Kereta Api Mae Klong
2. Wat Phet Samut Worawihan
3. Pasar Mae Klong

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bangkok, gunakan jalan raya no. 35 Jalan Phra Ram 2 (Jalan Thonburi-Paktho yang lama) memandu sehingga kilometer yang ke 63, ambil kiri, gunakan jalan melancong ke Bandar Samut Songkhram. Setelah sampai simpang tiga yang pertama, terus ke pasar. Setelah sampai simpang empat yang kedua (simpang Hospital Raja Rama II) belok kanan dan terus menyeberangi landasan kereta api akan sampai ke Pasar Payung Tutup.

Memalui kereta api
Kereta api ke Mae Klong mesti menaiki dari Stesen Wong Wian Yai, turun di Stesen Mahachai, dan dari stesen Mahachai, menaiki perahu menyeberangi sungai ke Pengkalan Tha Chalom untuk menaiki kereta api ke Stesen Ban Leam terus ke Mae Klong (sebagai stesen destinasi)