Wat Phumarin Kudi Thong
Wat Phumarin Kudi Thong
034-751-085
Mukim Suan Luang, Daerah Amphawa, Wilayah Samut Songkhram
Dibuka setiap hari jam 6:00 pagi-18:00 petang.

Wat Phumarin Kudithong terletak di pinggir Sungai Mae Klong, Kuala Sungai Pracha Chuen bahagian Barat. Di sini terdapat banyak tempat yang menarik untuk pelancong yang berminat tentang sejarah.

Di sini ada balai emas yang diperbuat daripada emas yang dibina oleh ayahanda kepada raja permaisuri agong kepada Raja Rama I untuk dihadiahkan kepada ketua sami Wat Bang Li Bon kemudian balai tersebut dihakis oleh arus air sungai sehingga tebing rosak, lalu dipindah balai emas tersebut ke Wat Phumarin. Selepas itu, Wat Phumarin dipanggil dengan nama Wat Phumarin Kudi Thong sehingga sekarang. Selain daripada itu, terdapat pula patung Buddha yang berusia lebih daripada 300 tahun yang disalut dengan emas dan berbentuk berdiri yang bernama Phra Phuttha Rattana Mongkhon atau Luang Pho To dan juga terdapat patung peringatan Raja Rama II di dalam gereja wat tersebut.

Selain daripada itu, di sini terdapat Muzium Wat Phumarin dan taman penyelidikan yang mengumpul barangan-barangan lama yang berharga seperti patung Buddha, buku-buku lama, pinggan mangkuk dan alat yang dibuat daripada tembaga. Di kawasan wat, terdapat pelabuhan kepunyaan Pusat Pelancongan Air, Wilayah Samut Songkhram. Jika sesiapa ingin melayari perahu untuk menjejaki pelayaran baginda Raja Rama V, dapatlah berhubung di sini.

interesting
Wat Phumarin Kudi Thong
1. Pasar Budaya
2. Jambatan
3. Muzium

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bandar Samut Songkhram terus mengikuti jalan raya no. 35 (Mae Klong-Amphawa) lebih kurang 5 kilometer. Setelah melepasi Wat Bang Kaphom, lihat simpang di sebelah kiri, belok kiri menyeberangi jambatan Phra Si Suriyen, terus sehingga ke jalan simpang, belok kanan. Selepas itu, menyeberangi jambatan, wat yang terletak di sebelah kanan anda.

Perjalanan melalui kereta awam
Dari Bandar Samut Songkhram, menaiki kereta tambang laluan Mae Klong-Wat Pramot, Mae Klong-Wat Kaew Charen, Mae Klong-Wat Sathu atau Mae Klong-Wat Waen Chan. Kereta tambang itu terletak berdekatan Bank Nakhon Thai, cawangan Samut Songkhram. Kereta akan melalui di hadapan wat.