Pasar Terapung Amphawa
Pasar Terapung Amphawa
034-751-359
Mukim Amphawa, Daerah Amphawa, Wilayah Samut Songkhram
Dibuka pada hari Jumaat-Ahad jam 12:00 tengah hari-20:00 malam.

Jika menyebut tentang pasar terapung yang termasyhur di Thailand, nama pasar yang tentu diingati oleh orang ramai ialah Pasar Terapung Amphawa yang tersohor dengan pemuliharaan suasana kehidupan tepi sungai sejak semula jadi. Pelancong dari dalam dan luar negara tentu mempesonakan sehingga pasar tersebut dianugerahkan Hadiah Pemuliharaan Warisan Kebudayaan Nenek Moyang di kawasan Asia Pasifik oleh UNESCO pada tahun 2007.

Di pinggir sungai Amphawa ini dipenuhi dengan rumah-rumah penduduk yang masih mengekalkan seni keunikan Thai. Di dalam sungai Amphawa terdapat peniaga lelaki dan wanita yang menjual pelbagai jenis makanan di dalam perahu serta pelbagai jenis minuman-minuman antaranya kuih-muih tradisional Thai, makanan laut yang dibakar, kuai tiau sup, mi goreng ala Thai, siput goreng, buah-buahan, kopi, teh, kuih berinti, kuih pisang, kuih tal dan pelbagai jenis kuih-muih lain. Manakala di atas darat, terdapat kererta sorong dan kedai-kedai yang menjual barangan dan cendera mata, membuatkan anda terasa imbas kembali ke zaman purba.

Setelah berpuas hati dengan membeli-belah di Pasar Terapung Amphawa, anda dapat menaiki perahu menyaksi keindahan pinggir sungai dan menziarahi wat-wat yang terletak di pinggir sungai. Pada waktu malam pula, anda dapat menyewa perahu untuk melihat kelip-kelip yang begitu cantik.

interesting
Pasar Terapung Amphawa
1. Pasar Terapung Amphawa
2. Restoran
3. Wat Amphawa Chetiyaram
4. Taman Raja Rama II
MAP
TRAVEL

Melalui kererta awam
Dapat menaiki kereta tambang laluan Bangkok-Ratchaburi-Damnern Saduak, berhenti di Pasar Terapung Amphawa.