Taman Raja Rama II
Taman Raja Rama II
034-751-666
Mukim Amphawa, Daerah Amphawa, Wilayah Samut Songkhram
Dibuka pada hari Isnin-Jumaat jam 8:30 pagi-17:00 petang
Dibuka juga pada hari Sabtu-Ahad dan hari cuti umum jam 8:30 pagi-17:30 petang
Bayaran kemasukan: dewasa 30 baht, kanak-kanak 10 baht

Taman Raja Rama II merupakan taman dalam projek penghormatan baginda raja oleh Yayasan Peringatan Baginda Raja Rama II di bawah naungan baginda Raja sekarang demi mengingati jasa baginda yang mengurniakan kesenian kepada negara.

Tempat terletaknya taman tersebut, Phra Ratchasamut Methi, ketua sami di Wat Amphawan Chetiyaram adalah orang yang menyerah tapak tanah bagi baginda Raja sekarang kerana kawasan itu merupakan kawasan kelahiran baginda Raja Rama II. Di dalam taman, terdapat perkara yang menarik antaranya kumpulan rumah-rumah tradisional Thai sebanyak 5 buah, balai pameran barangan lama dan perkakasan penggunaan baginda Raja Rama II. Salah sebuah rumah tradisional Thai dijadikan sebagai Muzium Raja Rama II yang di dalamnya terdapat patung Raja Rama II dan barang-barang antik zaman baginda. Manakala rumah tradisional Thai yang lain mempamerkan keadaan kehidupan penduduk Thai zaman Raja Rama II. Kesemua pameran muzium ini dilarang mengambil gambar sama sekali.

Selain daripada itu, terdapat Muzium Warisan Kebudayaan Amphawa yang mempamerkan kelebihan-kelebihan Daerah Amphawa seperti kehidupan di pinggir sungai, pertanian dan perikanan tempatan. Selain daripada itu, terdapat balai seni di tengah padang untuk mempertunjukan persembahan Khon di hadapan baginda Raja ketika berlangsungnya pesta tahunan. Di sini juga terdapat Taman Botani yang mengumpulkan lebih daripada 140 jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam kesusasteraan Thai untuk disaksikan oleh pelancong.

interesting
Taman Raja Rama II
1. Pejabat taman
2. Balai Penyelidikan
3. Pintu-pintu
4. Rumah tradisional Thai sebanyak 5 buah
5. Taman Botani
6. Kumpulan Rumah Tradisional Thai sebanyak 9 buah
7. Balai Kunjungan Baginda di pinggir sungai
8. Perahu menyaksi sungai
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bangkok, gunakan jalan raya no. 35, jalan Phra Ram 2 (jalan Thonburi-Pak Tho yang dahulu) setelah sampai kilometer yang ke 63, ambil jalan kiri terus ke Bandar Samut Songkhram. Selepas itu, memasuki jalan raya no. 325 (Samut Songkhram-Bang Pae) sehingga sampai simpang tiga Amphawa, ambil kiri belok ke Amphawa, terus melalui Pasar Terapung Amphawa, menyeberangi sungai Amphawa (Jambatan Dejadisorn) terus akan nampak Taman Raja Rama II di sebelah kiri.