Wat Chong Lom
Wat Chong Lom
034-717-980
Mukim Ban Prok, Daerah Mueang, Wilayah Samut Songkhram
Dibuka setiap hari jam 6:00 pagi-18:00 petang.

Wat Chonglom merupakan wat yang dibina oleh perduduk tempatan pada tahun 1830 Masihi dengan meminta Phra Khru Phuang sebagai ketua sami di wat tersebut. Selepas itu terdapat pembangunan wat dengan membina geraja, biara, balai belajar agama dan balai perginapan sami Buddha yang kukuh.

Kelebihan di sini iaitu Patung Luang Pu Thuad yang besar yang dihormati oleh penduduk Mae Klong. Dipercayai bahawa Luang Pu Thuad telah memasuki ke dalam mimpi ketua sami supaya dibina patung Luang Pu Thuad di Wat Chong Lom. Selain daripada itu, di wat ini terdapat gereja yang begitu cantik yang diletakkan patung Phra Phuttha Chinnarat serta disimpan abu kebakaran Buddha serta gambar lukisan dinding berbentuk dewa bersembah berpakaian penuh dengan permata yang terdapat hanya di sini sahaja.

Selain daripada itu, di sini terdapat Balai 80 Tahun, balai seni Thai tradisional sebagai tempat pengajian agama yang diperbuat daripada kayu yang begitu cantik. Sekarang balai tersebut digunakan sebagai pusat perkhidmatan urut ala Thai Wat Chonglom. Selain daripada itu, terdapat “Biara Patung Raja 3 Beradik” iaitu patung Buddha yang hanyut ke pelabuhan wat-wat di Thai yang dipanggil patung 3 beradik iaitu Patung Luang Pho Wat Khao Takhrao, Patung Luang Pho Sothon dan Patung Luang Pho Ban Laem. Dengan itu, Wat Chonglom membina biara untuk meletakkan replika patung ketiga-tiga tersebut untuk dikunjungi oleh para pelancong.

Jika anda datang ke Pasar Terapung Amphawa , silalah datang menyaksi kecantikan Wat Chonglom.

interesting
Wat Chong Lom
1. Wat Chonglom
2. Wat Kaew Fa
3. Jalan pesisir sungai

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Jika datang dari Bandar Mae Klong, terus mengikut papan tanda Taman Raja Rama II sebelum simpang ke Pasar Terapung Amphawa, akan ternampak papan tanda Wat Chonglom Luang Pu Thuad yang terbesar sepanjang jalan.