Taman Sejarah Sukhothai
Taman Sejarah Sukhothai
055-697-527
Mukim Mueang Kao, Daerah Mueang, Wilayah Sukhothai
Dibuka setiap hari jam .30 pagi-19.30 malam
Bayaran kemasukan : warga Thai 20 baht, warga asing 100 baht

Pada zaman dahulu, Sukhothai merupakan ibu kota kepada negara Thai yang begitu maju kerana merupakan pusat pemerintahan, keagamaan dan ekonomi. Dengan itu, membuatkan kawasan Taman Sejarah Sukhothai yang luas lebih daripada 70 kilometer persegi ini dipenuhi dengan tempat-tempat bersejarah yang terdiri daripada istana, rumah ibadat dan kawasan purba yang dikelilingi oleh parit, benteng dan pintu gerbang kota purba.

Tempat yang menarik yang terdapat di kawasan dalam benteng kota antaranya iaitu Wat Mahathat, wat besar yang terletak di temgah-tengah kota, dibinakan oleh Raja Intharathit. Di dalam wat tersebut, terdapat candi-candi lebih kurang 200 buah candi sehingga wat ini merupakan wat yang terpenting di kota Sukhothai. Muzium Negara Ramkhamheng merupakan tempat yang menghimpun barangan purba yang terdapat daripada penggalian di kota Sukhothai dan barangan antik yang dibagikan oleh penduduk-penduduk. Muzium tersebut membahagikan kawasannya kepada 3 kawasan iaitu Bangunan Tulisan Thai 700 Tahun, bangunan muzium dan muzium di tengah padang. Selain daripada itu, terdapat Topekong Pha Deang, tempat beribadat penganut Hindu yang dibina daripada batu. Selainda ripada itu, terdapat Bongor Persada Phra Ruang atau kawasan istana, Wat Traphang Ngen, Wat Sasi dan tugu peringatan Raja Ramkhamheng serta kawasan-kawasan bersejarah lain di luar benteng kota.

Tidak hanya sekadar itu, pada tahun 1991, Ahli Jawatankuasa Warisan Dunia, Kebudayaan dan Alam Sekitar, UNESCO telah mengisytiharkan Taman Sejarah Sukhothai, Si Satchanalai dan Kampheng Phet sebagai warisan dunia dari segi kebudayaan. Dengan itu, jika anda datang ke sukhothai, mestilah anda menyaksi keunikan taman-taman sejarah tersebut.

interesting
Taman Sejarah Sukhothai
1. Wat Hib Bon
2. Wat Hib Lang
3. Wat Aranyik
4. Wat Saphan Hin
5. Wat Chang Rob
6. Wat Mangkon
7. Wat Phra yuen
8. Wat Pasak
9. Wat Pa Mamuang
10. Wat Si Chum
11. Dapur Tembikar Sangkhalok
12. Wat Phra Phai Luang
13. Wat Sasi
14. Wat Traphang Ngen
15. Wat Si Sawai
16. Wat Tra Kuan
17. Wat Mahathat
18. Tugu Peringata Raja Ramkhamheng
19. Tugu tiang negeri
20. Wai Mai
21. Wat Mum Mueang
22. Muzium Negara Ramkhamheng
23. Wat Chetuphon
24. Wat Candi Empat Buah
25. Wat Ton Chan
26. Wat Traphang Thong Lang
27. Wat Chang Lom
28. Wat Candi Tingg
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Mengikuti jalan raya no. 1 melalui Nakhon Sawan, Kampheng Phet, menuju ke jalan raya no. 101 melalui Daerah Phran Kratai, Daerah Khiri Mas perjalanan lebih kurang 440 kilometer. Perjalanan melaluimkereta mengikut jalan raya no. 1 melalui Wilayah Nakhon Sawan, Phitsanulok menuju ke jalan raya no. 12 (Jalan Singhawat). Setelah sampai kawasan kota lama akan ternampak puncak candi pelbagai bentuk.