Taman Sejarah Si Satchanalai
Taman Sejarah Si Satchanalai
055-679-211
Mukim Si Satchanalai, Daerah Si Satchanalai, Wilayah Sukhothai
Dibuka setiap hari jam 8:00 pagi-16:30 petang
Bayaran kemasukan : warga Thai 20 baht, warga asing 100 baht

Zaman dahulu, Si Satchanalai berkembang membangun menjadi negeri yang sama taraf dengan Sukhothai. Pihak Ayutthaya memanggil negeri ini dengan nama Sawankhalok. Sekarang iaitu Daerah Sawankhalok, Wilayah Sukhothai.

Manakala Taman Sejarah Si Satchanalai itu kawasannya meliputi Mukim Si Satchanalai, Mukim San Chit, Mukim Nong Ao, Mukim dan Tha Chai. Diri taman purba itu terletak di Daerah Si Satchanalai. Sekarang, kawasan bersejarah ini telah diterokai sebanyak 204 kawasan yang kesemua sesuai dikunjungi antaranya Wat Chang Lom. Wat ini terdapat candi utama bersenibina Langka dan dasar candi pula berbentuk gajah yang mengelilingi candi tersebut sebanyak 39 ekor beserta patung gajah di empat penjuru. Gajah dipenjuru candi itu berpakaian seragam tidak sama dengan gajah-gajah yang lain. Selain daripada itu, terdapat pula Candi Chet Thaew yang lebih cantik daripada candi-candi di wat lain di Sukhothai kerana lebih beraneka bentuk di sini. Selain daripada itu, terdapat wat dan tempat purba yang bersejarah lain seperti Wat Khao Phanom Pleng, Wat Khao Suwankhiri, Wat Phra Si Ratana mahathat, Persada Phra Atsadarot, Biara Song Phi Nong, Balai Penginapan Phra Ruang Phra Lue (atau Topekong Phra Ruang Phra Lue), Wat Chao Chan, Wat Chom Chuen dan sebagainya.

Tidak hanya sekadar tersebut, di Kampung Ko Noi yang terletak jauh di sebelah Utara lebih kurang 4 kilometer terdapat Pusat Pendidikan dan Pemuliharaan Dapur Tembikar Sangkhalok. Di kawasan ini terdapat penggalian yang terjumpa dapur purba sebanyak 500 buah dapur termasuk tembikar Sangkhalok dalam bentuk sempurna dan berpecah dalam jumlah yang banyak.

interesting
Taman Sejarah Si Satchanalai
1. Wat Epo
2. Wat Candi Condong
3. Wat Candi Sembilan Buah
4. Wat Khao Suwankhiri
5. Wat Suan Kaew Utthayan Noi
6. Wat Khao Phra Bat 1
7. Wat Khao Phra Bat 3
8. Wat Phra Si Ratana Mahathat Khliang

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bandar Sukhothai, gunakan jalan raya no. 101 laluan Sukhothai-Si Satchanalai sehingga ke kilometer ang ke-17-19, belok kiri menyeberangi Sungai Yom, terdapat jalan, belok ke knan untuk memasuki ke taman sejarah lebih kih kurang 1.5 kilometer.