Trang

Trang merupakan bekas bandar perniagaan tepi pantai yang maju. Trang tidak hanya mempunyai khinzir panggang yang begitu lazat, tetapi merupakan salah satu destinasi pelancongan yang serba serbi tidak kira bukit-bukau, laut, dasar laut, sejarah, kehidupan dan kebudayaan.

Kebanyakan kawasan di Wilayah Trang merupakan bongor yang berselang-seli dengan tanah datar, maka dikatakan nama “Trang” berasal daripada “Trangga” dan bahasa Pali yang bererti ombak. Selain daripada itu dikatakan berasal daripada “Terang” dalam bahasa Melayu yang bererti “pagi” atau “sudah cerah” kerana zaman dahulu, kapal layar dari Tanah Melayu melayar sehingga Trang dalam waktu yang sudah cerah pagi. Secara mudah, dipanggil di sini dengan nama ombak waktu pagi, begitu sahajalah.

Setelah sampai di Trang, destinasi pertama yang para pelancong mesti tuju iaitu pulau-pulau yang tercantik seperti Pulau Muk, Pulau Ngai, Pulau Chueak, Pulau Ma dan Gua Zamrud yang airnya sangat jernih sehingga ternampak ikan kecil dan besar termasuk batu karang berwarna-warni di dasar laut.

Manakala mereka yang ingin melihat gaya kehidupan dan gemar merasai makanan, tidak boleh melupakan Jalan Pejalan Kaki di hadapan Stesen Kereta Api Trang. Sebelum ke sana, kosongkanlah perut anda untuk mengisikan makanan dan kuih-muih tradisional sepuas hati. Yang penting, jangan lupa mengunjungi Stesen Kereta Api Kantang, stesen kereta api terakhir bagi laluan selatan bahagian Lautan Andaman yang masih mengekalkan keaslian kecantikan dalam bentuk Panya. Stesen ini juga didaftarkan sebagai tempat bersejarah oleh Jabatan Arkib Negara. Dengan itu, tempat ini merupakan termpat yang tidak boleh dikecualikan.

MAP
TRAVEL

By Car

From Bangkok, use Highway No. 35 (Thonburi-Pak Tho) and onto Highway No. 4 (Phetkasem) passing Phetchaburi, Prachuab Khiri Khan, and Chumphon. Then turn onto Highway No. 41 heading toward Thung Song. Use Highway No. 403 from Thung Song to Huai Yod district then turn back onto Highway No. 4 until you reach Trang. The total distance is 828 kilometers.

By Bus

Bus number 984 from the Southern (Sai Tai Mai) Bus Terminal

20
Nov
2019
Trang
27.5°
32° 23°
attraction_image
Taman Negara Pantai Chao Mai merupakan salah satu lagi pusat pelancongan yang ternama di Wilayah Trang kerana terdapat pantai, gua, pulau-pulau dan ke...more
attraction_image
Wilayah Trang merupakan salah satu Wilayah yang mempunyai pulau dan pantai cantik yang dapat dinikmati. Walau kawasan wilayah ini kecil tetapi dipenuh...more
attraction_image
Taman Botani Thung Khai merupakan pusat pelancongan untuk peminat penyelidikan alam sekitar dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang penting di Selatan...more