Jalan Pejalan Kaki Stesen Kereta Api Trang
Jalan Pejalan Kaki Stesen Kereta Api Trang
075-215-867
Mukim Tab Tiang, Daerah Mueang, Wilayah Trang
Dibuka pada hari Jumaat-Ahad jam 17:00 petang-22:00 malam.

Wilayah Trang merupakan salah satu Wilayah yang mempunyai pulau dan pantai cantik yang dapat dinikmati. Walau kawasan wilayah ini kecil tetapi dipenuhi dengan daya tarikan yang diminati para pelancong terutamanya Jalan Pejalan Kaki Trang di kawasan stesen kereta api.

Jalan Pejalan Kaki di hadapan Stesen Kereta Api Trang atau satu nama lagi iaitu “Chan Chala Night Market” diadakan pada tahun 2009. Jalan ini dibuka hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai jam 17:00 petang-22:00 malam. Bentuk pasar di jalan pejalan kaki ini menitikberatkan identiti dan jalanan kehidupan penduduk Trang. Terdapat penjualan barangan tempatan antaranya kuih-muih, makanan, cendera mata, kraftangan dan barangan kesenian lain.

Selain daripada itu, di sini merupakan tempat menggalakkan kebudayaan penduduk Trang dan pusat aktiviti untuk kebaikan masyarakat kerana di sini terdapat persembahan kecil-kecilan seperti persembahan muzik di tepi jalan dan tarian tradisional. Dapat dikatakan, datang ke sini, anda berpeluang menyaksi, merasai kelazatan makanan dan berpeluang membeli-belah.

interesting
Jalan Pejalan Kaki Stesen Kereta Api Trang
1. Pusat Dokumentasi Negara
2. Stesen Kereta Api
3. Wat Matchimaphum
4. Topekong harimau
5. Pejabat Perbandaran Kota Trang
6. Bulatan Ikan Duyung
7. Topekong Tai Sia Hud Cho.
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bulatan Menara Jam Wilayah Trang, gunakan jalan Phra Ram 6 terus ke Stesen Kereta Api Trang. Jalan Pejalan Kaki Trang terletak di hadapan Stesen Kereta Api Trang.

Perjalanan melalui kereta awam
Terdapat kereta pikap tambang dari stesen ke Pasar Raya Robinsan, destinasi terakhir ialah Stesen Kereta Api Trang atau gunakan kereta tuk-tuk yang ada di bandar ke sana pun boleh.