Taman Botani Thung Khai
Taman Botani Thung Khai
075-280-166
Mukim Thung Khai, Daerah Yan Ta Khao, Wilayah Trang
Dibuka setiap hari jam 8:00 pagi-16:00 petang

Taman Botani Thung Khai merupakan pusat pelancongan untuk peminat penyelidikan alam sekitar dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang penting di Selatan Thai kerana di sini merupakan hutan tropika yang penuh dengan pusat penyelidikan alam semula jadi dan merupakan pusat pelancongan ekosistem yang penting di Wilayah Trang.

Kawasan seluas lebih kurang 4.16 kilometer persegi ini dibahagikan menjadi bahagian-bahagian untuk mudah dipelajari pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan iaitu Taman Pengajian Tumbuhan-tumbuhan yang merupakan taman pembahagian jenis-jenis tumbuhan mengikut Ilmu Pengajian Tumbuhan-tumbuhan dengan menitik beratkan tumbuh-tumbuhan penting di Selatan Thai antara keluarga palma, getah, lengkuas-halia. Selain daripada itu, terdapat Taman Penyelidikan Bentuk Rupa Tumbuh-tumbuhan dan taman kumpulan tumbuh-tumbuhan seperti Taman Orkid, Taman Tumbuh-tumbuhan. Tahun kemarau, Taman Fen,Taman Tumbuh-Tumbuhan Makan Serangga dan Taman Tumbuh-tumbuhan Tahan Kemarau, Taman Fen, Taman Tumbuh-tumbuhan Makan Serangga dan Taman Tumbuh-tumbuhan Tempatan.

Taman Botani Thung Khai mempunyai jalan untuk mengkaji pokok-pokok iaitu jalan dan jambatan mengkaji puncak pokok (Canopy Walk Way) yang pertama di negara Thai sepanjang 175 meter yang terdiri daripada 5 buah jambutan dan 6 buah menara cerap. Jalan dan jambatan puncak tersebut, para pelancong mampu melihat pokok-pokok dari pandangan yang tinggi termasuk dapat melihat binatang-binatang seperti burung, tupai, monyet, kura-kura dan lutong. Selain daripada itu, terdapat jalan menyelidik alam semula jadi hutan bencah sepanjang 1,200 meter yang merupakan hutan istimewa khas bercampur dengan jenis tumbuh-tumbuhan lain yang menyesuaikan diri dalam hutan bencah. Masa untuk berjalan menyaksi hutan adalah sekitar 30-45 minit.

interesting
Taman Botani Thung Khai
1. Pusat Sami Buddha Khlong Lamliang
2. Tumbuh-tumbuhan jenis manggis
3. Pokok berus
4. Tumbuh-tumbuhan jenis cempaka
5. Tumbuh-tumbuhan jenis palma
6. Jambatan menyelidik alam sekitar hutan bencah.
7. Arecaceae
8. Peat Swamp Forest
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Terletak jauh dari bandar Wilayah Trang lebih kurang 10-12 kilometer dengan memandu mengikut jalan Trang Palian (Jalan Raya no. 404) sehingga ke Daerah Yan Ta Khao. Taman Botani terletak pada kilometer yang ke-11 di pinggir jalan.