Taman Negara Pantai Chao Mai
Taman Negara Pantai Chao Mai
075-203-308
Mukim Mai Fad, Daerah Sikao, Wilayah Trang
Dibuka setiap hari jam 8:00 pagi-17:00 petang.
Tempoh penutupan untuk dikunjungi tahunan kawasan Gua Morakot, Pulau Kradan, Pulau Chueak dan Pulau Waen antara 1 Julai-30 September setiap tahun.

Taman Negara Pantai Chao Mai merupakan salah satu lagi pusat pelancongan yang ternama di Wilayah Trang kerana terdapat pantai, gua, pulau-pulau dan kesuburandasar laut.

Destinasi utama yang penting ialah Gua Morakot yang tersembunyi di kawasan cerun bahagian Barat Pulau Muk. Pintu masuk merupakan terowong kecil yang mesti tunggu air laut surut terlebih dahulu baru dapat menyurut masuk dengan melampung diri ke dalam terowong lebih kurang 80 meter. Selepas sampai ke bahagian dalam, pelancong akan terpesona dengan air laut yang berwarna hijau zamrut dan pantai pasir yang cantik putih. Salah satu tempat yang cantik iaitu Pulau Kradan yang terdapat batu karang lembut dan akar bahar sepanjang pesisiran pantai pasir yang lembut halus. Selain daripada itu, terdapat Pulau Chueak, Pulau Waen dan pulau kecil lain yang terletak antara Pulau Muk dan Pulau Kradan yang penuhi dengan ikan pelbagai jenis dan batu karang air cetak dan air dalam.

Jika sesiapa tidak ingin ke pulau, anda boleh bermandi-mandi air laut di Pantai Pak Meng, Pantai Changlang, Pantai San, Pantai Yao, Pantai Yong Ling atau Pantai Chao Mai. Jika ingin menyaksi keindahan batu tumbuh di dalam gua, sila datang ke Gua Chao Mai yang anda boleh menaiki bot melalui anak sungai Chao Mai dalam masa hanya 15 minit sahaja.

Oleh kerana kawasan Taman Negara Pantai Chao Mai masih amat subur, membuatkan kawasan ini terdapat tumbuh-tumbuhan laut seperti rumput laut yang menjadi makanan ikan duyung, ikan terpelihara yang hampir pupus. Pihak taman negara telah membuat jalan menyelidiki alam semula jadi di Bukit Bae Na supaya para pelancong dapat menyaksi ikan duyung dari pemandangan yang tinggi.

interesting
Taman Negara Pantai Chao Mai
1. Pejabat taman negara
2. Telaga air hangat
3. Gua Chao Mai
4. Pulau Muk
5. Pulau Meng
6. Pulau Chueak
7. Pulau Waen
8. Pulau Kradan
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Pejabat taman negara terletak jauh dari Pejabat Daerah Mueang lebih kurang 47 kilometer dengan menggunakan jalan raya laluan Trang-Sikao-Pak Meng (Jalan Raya no. 4046-4161), belok kiri mengikut jalan pesisiran pantai sepanjang 4 kilometer akan sampai.

Menaiki bot mengelilingi pulau
Boleh menyewa bot sehari demi sehari di Pelabuhan Pak Meng yang merupakan pelabuhan utama ke pulau-pulau seperti Pulau Kradan, Pulau Muk, Pulau Waen dan Pulau Chueak.