Trat

Negara Thai merupakan negara yang bertuah di dunia kerana terdapat beberapa buah pulau yang cantik di Selatan dan juga di sebelah Timur seperti di Wilayah Trat yang mempunyai pulau tercantik dan subur dengan sumber alam semula jadi yang ternama di dunia.

Wilayah Trat digelar dengan nama “Negeri 50 Buah Pulau” kerana di sini terdapat pulau sebanyak 52 buah pulau. Pulau Chang ialah pulau yang terbesar di wilayah ini dan terbesar tangga yang kedua di negara Thai. Trat digelar sebagai “Pertama Laut Timur Negara Thai” kerana Wilayah Trat termasyhur dengan kejernihan air laut, pantai pasir yang putih, hutan bakau yang subur, pusat pelancongan dari segi sejarah yang penting, makanan yang lazat dan tempat penginapan berpelbagaian.

Selain daripada Pulau Chang yang termasyhur di kalangan pelancong dari dalam dan luar Negara, di sini juga terdapat pulau yang tidak boleh diabaikan seperti Pulau Kud dan Pulau Mak, terutamanya untuk mereka yang ingin suasana keperibadian. Kedua-kedua buah pulau tersebut merupakan syurga di laut yang berwarna biru, pantai pasir putih bersih dan kehidupan nelayan yang begitu santai.

Daya tarikan Wilayah Trat, bukan hanya pulau-pulau yang cantik sahaja kerana di sini terdapat lagi pusat pelancongan yang menarik antaranya Muzium Negeri Trat yang merupakan pusat pendidikan dari segi sejarah, kebudayaan dan kehidupan penduduk Trat. Selain daripada itu, terdapat pusat penyelidikan komuniti pelancongan dari segi pemuliharaan di Kampung Nam Chiao.

Selain daripada itu, Wilayah Trat mempunyai pantai pasir hitam di Pusat Pelancongan Alam Semula Jadi Pantai Pasir Hitam dan Hutan Bakau di Daerah Laem Ngop, Wilayah Trat. Dipercayakan bahawa , akibat kejadian alam semula jadi, membuatkan berlakunya pantai pasir hitam yang dapat mengubati penyakit seolah-olah spa dari alam semula jadi.

MAP
TRAVEL

By Car

From Bangkok, use Highway No. 3 passing Samut Prakan, Chonburi, Pattaya, Rayong, and Chanthaburi onto Trat. The total distance is 385 kilometers.

By Bus

Bus number 41 or 917 from the Eastern (Eakamai) Bus Terminal

20
Jun
2019
Trat
28°
32° 24°
attraction_image
Beberapa kali yang pelancong datang ke Wilayah Trat akan terus ke pulau-pulau. Sebenarnya di Wilayah Trat sendiri terdapat pantai yang cantik sesuai u...more
attraction_image
Kampung Bangbao merupakan kampung nelayan yang besar, tertua dan amat menarik. Asal usul nenek moyang mereka adalah daripada penduduk Salak Phet. Di s...more
attraction_image
Selepas menyaksi keindahan pulau-pulau Wilayah Trat sepuas hati, disyorkan anda menyaksi jalanan kehidupan penduduk Trat di Komuniti Rak Khlong Bang P...more
attraction_image
Pulau Chang merupakan pulau yang terbesar di Teluk Siam dan terbesar di tangga kedua di negara Thai selepas Pulau Phuket. Oleh kerana perjalanan ke Pu...more
attraction_image
Pantai Ratchakarun merupakan sebahagian daripada Pusat Ratchakarun, Persatuan Palang Merah Thai, Khao Lan. Dahulunya dinamakan Pusat Persatuan Palang ...more
attraction_image
Wat Buppharam merupakanwat yang tertua di Wilayah Trat. Mengikut sejarah, wat ini dibina pada zaman Ayutthaya di bawah pemerintahan Raja Prasat Thong....more