Pantai Ratchakarun
Pantai Ratchakarun
039-510-821
Mukim Mai Rud, Daerah Khlong Yai, Wilayah Trat
Dibuka setiap hari.

Pantai Ratchakarun merupakan sebahagian daripada Pusat Ratchakarun, Persatuan Palang Merah Thai, Khao Lan. Dahulunya dinamakan Pusat Persatuan Palang Merah Thai Khao Lan yang ditubuhkan pada 1979 untuk memberi pertolongan kepada pelarian Kemboja beratus-ratus ribu orang dari perang saudara di dalam negara mereka. Pada tahun 1992, Puteri Maha Chakri Sirindhorn selaku timbalan pengerusi Persatuan Palang Merah Thai telah bertitah supaya pusat tersebut mengadakan Projek Pembangunan Pusat Persatuan Palang Merah ini dengan mendirikan Muzium Peringatan Ratu Sirikit selaku pengerusi Persatuan Palang Merah Thai, mendirikan Balai Ratchakarun sebagai peringatan atas limpah kurnia baginda yang menganugerahkan bantuan kepada pelarian Kemboja. Selain daripada itu, diadakan pameran asal usul, barang kegunaan, gambar dan patung replika yang berkaitan pelarian Kemboja dan kem pelarian. Selaian daripada itu, digunakan kawasan Pantai Ratchakarun sebagai tempat berehat untuk penduduk yang tinggal berhampiran.

Kawasan Pantai Ratchakarun itu dijaga dengan baik terutamanya kebersihan sehinggan menjadi pantai yang cantik dan bersih. Perkara yang menarik di situ iaitu pada bulan Oktober dan November setiap tahun terdapat obor-obor berpuluhan ribu ekor di dalam laut. Musim itulah akan terdapat ramai para pelancong yang datang menyaksi keunikan obor-obor tersebut.

Selain daripada itu, antara jalan ke Pusat Ratchakarun dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau kedua-dua pinggir jalan. Di sini juga terdapat Paya Khao Lan yang merupakan sumber air tawar yang terletak berhampiran dengan laut serta dengan rumah penginapan untuk direhat oleh para pelancong.

interesting
Pantai Ratchakarun
1. Bukit Lan
2. Balai Persembahan
3. Balai Ratchakarun
4. Tugu peringatan
5. Paya Khao Lan
6. Balai Patung Buddha Luang Pho Daeng
7. Topekong Chao Mae Khao Lan
8. Tugu Peringatan Raja Taksin

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Memandu mengikuti jalan Trat-Khlong Yai kilometer yang ke-48 di tepi jalan raya no. 318 melepasi Air Terjun Saphan Hin. Di pintu masuk terdapat balai tentera.