Kampung Nelayan Ban Bangbao
Kampung Nelayan Ban Bangbao
039-597-259
Mukim Bangbao, Daerah Ko Chang, Wilayah Trat
Dibuka setiap hari jam 5:00 pagi-19:00 malam

Kampung Bangbao merupakan kampung nelayan yang besar, tertua dan amat menarik. Asal usul nenek moyang mereka adalah daripada penduduk Salak Phet. Di sini sesuai untuk melabuhkan perahu untuk melindungi dari ombak dan taufan kerana terdapat bukit dan pulau yang mengelilingi di kedua-dua belah laut. Oleh itu, pada musim tengkujuh, terdapat banyak perahu dan kapal yang datang melabuh di sini.

Setiap buah rumah, tiangnya terpaku di dalam laut. Penduduk kampung ini bekerja sebagai nelayan secara kecil-kecilan. Di sini juga terdapat banyak sotong, oleh kerana kehidupan penduduk nelayan ini sangat menarik, membuatkan ramai pelancong yang datang menziarahi. Sekarang, beberapa buah rumah telah mengubah suai sebahagian rumah menjadi kedai runcit, restoran dan kedai menjual cendera mata. Terdapat juga rumah inapan dan rumah tetamu yang berharga murah untuk menyambut kedatangan pelancong yang ingin merasai kehidupan nelayan.

Di hujung jambatan Kampung Bangbao terdapat pelabuhan yang membawa pelancong menyelam di pulau-pulau indah yang terletak berhampiran Pulau Chang dan terdapat kapal-kapal yang membawa pelancong mengunjungi pulau-pulau lain seperti Pulau Wai, Pulau Mak atau Pulau Kut. Jika sesiapa ingin memancing ikan atau sotong, dapatlah hubungi penduduk kampung.

interesting
Kampung Nelayan Ban Bangbao
1. Rumah inapan
2. Hospital
3. Pelabuhan

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Setelah mendarat di Pulau Chang di pelabuhan feri, belok kanan mengikuti jalan ke Pantai Khlong Son, Pantai Sai Khao melalui tanjung Chaiyachet, Pantai Khlong Phrao, Pantai Kai Bae, Teluk Bai Lan sehingga sampai Teluk Bangbao lebih kurang 25 kilometer.

Perjalanan melalui kereta awam di atas Pulau Chang
Terdapat kereta pikap tambang mengikut laluan atau dapat memborong sebuah kereta dengan menggunakan jalan laluan Pantai Khlong Phrao, Pantai Kai Bae, Teluk Bai Lan sehingga sampai Teluk Bangbao lebih kurang 25 kilometer.