Pulau Chang
Pulau Chang
039-555-084
Mukim Ko Chang, Daerah Ko Chang, Wilayah Trat
Dibuka setiap hari

Pulau Chang merupakan pulau yang terbesar di Teluk Siam dan terbesar di tangga kedua di negara Thai selepas Pulau Phuket. Oleh kerana perjalanan ke Pulau Chang mudah dan menggunakan masa yang singkat. Oleh itu, Pulau Chang merupakan destinasi pelancongan yang digemari ramai pelancong dari dalam dan luar negara sejak dahulu sehingga sekarang.

Terdapat beberapa pantai cantik di Pulau Chang antaranya Pulau Sai Khao Phrao yang begitu panjang dan mempunyai pasir putih bersih; Pantai Khlong Prao, pantai yang panjang dan airnya dalam sesuai untuk aktiviti di tepi pantai, Pantai Kai Bae yang terletak selepas Pantai Khlong Phrao yang ramai pelancong datang bermandi-manda. Jika anda ingin kesunyian dan suasana keperibadian, silalah datang ke Teluk Khlong Son.

Manakala pusat pelancongan lain, anda dapat mengunjungi Air Terjun Than Mayom. Air Terjun Khlong Phu, Air Terjun Khlong Nonsi dan sebagainya.

Datang melancong di Pulau Chang, anda akan merasai keseronokan pelbagai rasa kerana di sini bukan hanya terdapat pantai cantik untuk berjemur cahaya mentari dan bermandi-manda sehaja, tetapi di sini juga terdapat bukit-bukau, hutan tropika dan air terjun.

interesting
Pulau Chang
1. Kampung Pengembala Gajah
2. Air Terjun Khlong Chao Lueam
3. Air Terjun Khlong Nonsi
4. Pantai Khlong Phrao
5. Air Terjun Khlong Nueng
6. Air Terjun Khiri Phet
7. Rumah Api Salak Phet
8. Rumah Api Salak Khok
9. Tugu Peringatan Perang Navi Ko Chang
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
1. Guna perjalanan laluan Bangna-Trat (jalan raya no. 3) melalui Chon Buri-Rayong-Chanthaburi terus sehingga ke Wilayah Trat sepanjang 385 kilometer.

2. Guna perjalanan Motorway menuju ke Ban Bueng. Seterusnya gunakan jalan raya no. 344 (Ban Bueng-Klaeng). Setelah sampai di Klaeng, belok kiri menuju ke jalan raya no. 3 (Jalan Sukhumvit) melalui Daerah Khlung, Wilayah Chanthaburi, menyeberangi jambatan sungai Welu menuju ke kawasan Wilayah Trat di Mukim Saen Tung, Daerah Khao Saming perjalanan lebih kurang 315 kilometer. Gunalah jalan ini kerana lebih selesa dan lebih singkat dari jalan yang pertama.

Perjalanan melalui kereta awam
Anda dapat memilih perkhidmatan bas di dua buah stesen iaitu Stesen Bas Mo Chit Mai dan Stesen Bas Ekamai. Selain daripada itu, terdapat bas swasta seperti Syarikat Chued Chai Tour, Syarikat Thanakawi Khonsong Sendirian Berhad.

Melalui van
Anda dapat menaiki van dari Tugu Peringatan Chai Samoraphum. Pejalanan pertama pada jam 04:00 pagi dan perjalanan terakhir iaitu jam 19:00 malam. Van akan keluar setiap satu jam.

Melalui feri ke Pulau Chang
Di pelabuhan Ao Thammachat dengan menggunakan masa lebih kurang 30 minit mulai jam 6:00-17:30 petang. Feri akan keluar setiap satu jam. Feri akan melabuh di Pelabuhan Dan Kao.