Pantai Ban Chuen
Pantai Ban Chuen
039-597-259
Mukim Mai Rud, Daerah Khlong Yai, Wilayah Trat
Dibuka setiap hari

Beberapa kali yang pelancong datang ke Wilayah Trat akan terus ke pulau-pulau. Sebenarnya di Wilayah Trat sendiri terdapat pantai yang cantik sesuai untuk merehatkan minda seperti Pantai Ban Chuen yang dianggapkan sebagai pantai tercantik di Wilayah Trat.

Dahulu pantai ini dinamakan “Pantai Maro”, kemudian pemilik tanah telah mewakafkan tanah di hadapan pantai seluas 14 rai kepada pihak wilayah untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan pada tahun 1984 dalam zaman Tuan Thongdam Banchuen selaku Gebenor Wilayah Trat lalu ditukar nama kepada “Pantai Ban Chuen” sehingga sekarang.

Pantai Ban Chuen ini terletak sebelum sampai Daerah Khlong Yai. Pantai ini merupakan pantai pasir yang halus dan airnya pula jernih bersih yang dapat bermandi-manda. Oleh kerana pantai ini sangat panjang, membuatkan terdapat banyak restoran untuk melayan para pelancong teruatamanya pada hari minggu yang bukan musim tengkujuh. Selain daripada pasir pantai yang halus dan air laut yang biru, di sini terdapat pokok ru yang rendang di tepi pantai.

Di kawasan berhampiran pantai, terdapat jalan mempelajari alam semula jadi yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan “periuk kera” tetapi tidak dibenarkan pelancong mengambil balik tumbuhan tersebut. Selain daripada itu terdapat beberapa buah pantai cantik di tengah-tengah jalan pergi ke Daerah Khlong Yai seperti Pantai Sai Ngam, Pantai Chinda dan Pantai Phlean.

interesting
Pantai Ban Chuen
1. Sungai Maro
2. Restoran
3. Pantai
MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bangkok, gunakan jalan raya no. 3 (Sukhumvit) sebelum sampai ke bandar Trat, akan terjumpa simpang tiga lampu merah, belok kiri ke Daerah khlong Yai. Pandu terus lebih kurang ke kilometer yang ke-55 akan ternampak bangsal di sebelah kiri dan ada jalan simpang, belok kanan lebih kurang 5 kilometer akan terjumpa pondok polis di Pantai Ban Chuen.