Wat Buppharam
Wat Buppharam
039-512-636
Mukim Wang Krachaek, Daerah Mueang, Wilayah Trat
Dibuka setiep hari jam 6:00 pagi-18:00 petang

Wat Buppharam merupakanwat yang tertua di Wilayah Trat. Mengikut sejarah, wat ini dibina pada zaman Ayutthaya di bawah pemerintahan Raja Prasat Thong. Para bangsawan dan penduduk kampung mencari tempat membina wat dan terbau wangian dari bunga tetapi tidak dapat tahu puncanya, lalu bermuafakat membina wat di kawasan terbau wangian bunga tadi kerana dianggapkan sebagai lokasi yang baik serta menamakan wat tersebut dengan nama “Wat Buppharam” yang bermaksud taman bunga atau wat taman bunga.

Seperti yang telah dikatakan bahawa wat ini dibina pada zaman Raja Prasat Thong, membuatkan senibina di wat ini merupakan senibina awal Rattanakosin antaranya gereja yang terdapat lukisan gambar di dinding bergambar Buddha sedang mengajar agama, seni bunga Phuttan, lelangit berukiran gambar bintang dan bunga teratai tersusun. Biara Phra Buddha Saiyat pula terlukis gambar pelbagai janis bunga dan haiwan. Manakala balai-balai kecil bersenibina Thai untuk menjadi tempat berdiam dan beribadat oleh sami Buddha.

Selain daripada itu, di sini terdapat Muzium Wat Buppharam yang terletaknya abu kebakaran Buddha, patung zaman akhir Ayutthaya sehingga awal Ratanakosin dan beberapa buah kebakaran tembikar zaman Dinasti Ching dan Ming termasuk tembikar-tembikar dari negara Barat.

interesting
Wat Buppharam
1. Balai mengajar agama
2. Tempat letak kereta
3. Balai penginapan kecil

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bandar Trat menuju ke jalan raya no. 3 (Jalan Sukhumvit) berhadapan dengan Hospital Trat, belok kiri lebih kurang 2 kilometer akan terjumpa wat.