Komuniti Rak Khlong Bang Pra
Komuniti Rak Khlong Bang Pra
039-511-282
Mukim Bang Pra, Daerah Mueang, Wilayah Trat
Dibuka setiap hari

Selepas menyaksi keindahan pulau-pulau Wilayah Trat sepuas hati, disyorkan anda menyaksi jalanan kehidupan penduduk Trat di Komuniti Rak Khlong Bang Pra atau Komuniti Sungai Bang Pra, komuniti lama yang penuh dengan kasih sayang sehingga menerima hadiah komuniti terbaik dari segi pelancongan pada tahun 2007 sehingga digelar oleh para pelancong dengan gelaran “Chiang Khan Timur”.

Zaman dahulu, kawasan ini merupakan kawasan pertemuan untuk perkutaran barang oleh pelbagai kumpulan orang kerana jalan utama pengangkutan nelayan adalah di kawasan kuala untuk membawa masuk kelapa. Manakala peniaga Cina pula akan melayarkan kapal mereka bersama barangan dagangan seperti pakaian dan tembikar. Manakala kumpulan Chong, kumpulan etnik tempatan di Trat akan mengangkut kayu wangi, barangan daripada hutan dan herba dengan melayari melalui sungai Trat untuk dijual di sini.

Sekarang, pinggir Sungai Bang Pra masih terdapat rumah kayu lama beratus-ratus buah rumah yang merupakan kedai bentuk purba yang sesuai untuk dikunjungi demi mengingati suasana kehidupan Bandar Trat pada zaman dahulu. Walau sekarang, beberapa buah rumah telah berubah menjadi kedai moden, rumah inap dan kedai runcit, tetapi masih mengekalkan daya tarikan klasik lagi.

Di sini dianggapkan sebagai satu penjuru Wilayah Trat yang bukan hanya ternama dengan pantai cantik dan air laut yang jernih sahaja.

interesting
Komuniti Rak Khlong Bang Pra
1. Sungai Bang Pra
2. Pusat Informasi Pelancong
3. Balai Thaluang Tha Sadet Raja Rama V
4. Rumah Kediaman Resident Camport

MAP
TRAVEL

Perjalanan melalui kereta
Dari Bangkok, gunakan jalan raya no. 3 (Sukhumvit) melalui Bandar Trat-Pasar Perbandaran Trat, setelah sampai simpang empat lampu merah, terus lagi lebih kurang 20 meter. Perhatikan sebelah kiri akan terjumpa lorong ke Jalan Thana Charern yang terletak berhampiran simpang, belok kiri masuk ke Jalan Thana Charern, di bahagian dalam adalah kawasan Komuniti Rak Khlong Bang Pra.